Tuesday, March 2, 2010

CHIN PENG PUN BOLEH

NAK CAKAP SALAH..TAK CAKAP LAGI SALAH. Akhir-akhir ini senario politik tanahair bergolak lagi. Cuma pergolakan kali ini menyaksikan bunga-bunga tsunami atau tsunami kecil dikalangan parti Pakatan Rakyat. Seorang demi seorang mengakhiri hubungan rumahtangga, bercerai dengan talak tiga. Nah! satu perkembangan baru. Namun perkembangan ini sihat atau tidak hanya yang empunya diri bisa menjawab. Bak kata pepatah 'Tepuk dada tanya selera'. Ramai pemerhati politik peringkat kedai kopi melihat perkembangan ini dengan lirikan mata sahaja. Bukan sesuatu yang aneh, juga bukan sesuatu yang asing. Lompat melompat perkara biasa. Bukan baru..malah sebelum-sebelum ini pun ramai pemimpin-pemimpin mereka yang tidak bertaraf Ahli Parlimen juga telah melompat. Apabila senario ini berlaku, apakah pengajaran sebenarnya bagi mereka..adakah benar kerana keinsafan? atau hanya kerna dek perkara-perkara peribadi yang menyebabkan mereka berkerat rotan berpatah arang. Bagaimana pula jika terjadinya peristiwa '16 September'? Adakah mereka-mereka ini akan juga melompat atau senyap...atau mungkin juga sekarang tengah hanyut dibuai mimpi-mimpi indah..berjawatan menteri..atau juga mungkin timbalan menteri..mungkin juga sekurang-kurangnya Setiausaha Kementerian. Inilah masalah dengan orang kita..dalam bahasa yang lebih halus..orang melayu kita. Mudah lupa. Betullah kata Tun "Melayu Mudah Lupa". Semalam orang-orang inilah yang membakar rumah kita, semalam orang-orang inilah yang mengkucar-kacirkan keluarga kita, semalam orang-orang inilah yang merancang menjatuhkan kita, mengkafirkan kita semata-mata kerana kuasa. Hari ini mereka datang, tinggal bersama-sama kita, kita layan, kita buatkan kopi, sediakan tempat tidur malah ada sesetengahnya kita tatang bagaikan minyak yang penuh...kita tatang lebih dari anak kita sendiri. Maka akan terjadilah 'kera dihutan disusukan..anak dirumah mati terketar kelaparan'.Namun keinsafan mereka kita syukuri, mereka insaf..alhamdullilah. Sedikit relevannya jika mereka-mereka yang telah insaf ini kita kuarantinkan mereka buat sementara. Pastikan mereka-mereka ini benar-benar insaf sebelum kita benarkan mereka duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan kita. Bukan kerna apa, cuma bagi memastikan bahawa pembawa virus H1N1 ini telah pulih sepenuhnya. Tetapi malangnya kadangkala kita terlalu gelogoh, bertepuk seronok sehingga terlupa secara luka lampau. Sejarah rumah kita dibakar, Kita angkat, kita julang bagaikan wira malah kita berikan kedudukan yang tinggi kepada mereka. Kita arak kesana kemari, kita bertepuk bersorak apabila mereka-mereka ini berucap... memaki hamun rakan-rakan mereka disana. Kalau dahulu kita dimaki, kini rakan-rakan sebantal sendiri pula dihentam. Kita akan jadi tak ubah seperti mereka-mereka disana "Paku dulang paku serpih" .Sebaiknya yang datang dengan keinsafan kita terima dengan hati yang terbuka. Biar mereka berusaha dari bawah membuktikan bahawa mereka benar-benar insaf. Biarkah si luncai terjun dengan labu-labunya. Tak perlu diberi publisiti yang meluas.Tidak perlu diarak untuk berucap, kerana dahulu mereka-meraka ini membaling najis kemuka kita tetapi apabila mereka baru insaf buah limau pula yang kita hulurkan. Jika ini berlaku, lebih baik kita bawa Chin Peng berucap. Apalah sangat bezanya.

Saturday, January 23, 2010

PAS LEMBAB DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN





Perkembangan berkaitan isu penggunaan nama ALLAH mendapat respon secara spontan dari pelbagai peringkat masyarakat islam di Malaysia..namun cukup mendukacitakan apabila parti yang kononnya memperjuangkan islam berselindung disebalik kopiah dan serban tetapi memilih untuk bersikap berdiam diri..aksi tunggu dan lihat. Ini adalah gara-gara tidak mahu melukakan hati teman sebantal mereka. Mungkin PAS hanya layak sebagai kuda tuggangan semata...Perkembangan ini cukup mengecewakan sebahagian penyokong-penyokong. Isu penggunaan nama ALLAH adalah isu nasional...isu bangsa dan isu agama. Bukan perkara semberono yang boleh diambil ringan. Setiap orang islam adalah bertanggungjawap keatas agamanya.